Diriku Insan Biasa

My photo
nilai, negeri sembilan, Malaysia

Monday, January 3, 2011

Debat Adalah Seni..

as salam...lama x update blog sbb ana lupa password tp xpe hari ni ana nak berusrah tentang satu tabiat ana yg paling ana suka yakni BERDEBAT...ramai tak tahu bahawa debat itu adalah seni...



MEMANG tabiat manusia sentiasa hendak menang. Untuk menang, manusia sanggup berbuat apa saja. Jalan hendak tunjuk hebat dan meraih kemenangan ialah dengan berdebat.

Remaja yang kuat minda dan ilmu tidak ketinggalan menggunakan cara ini demi juara dalam kalangan teman-teman.
Berdebat bukan saja dalam isu tempatan dan global, malah dalam perkara agama. Mereka yang tidak pandai cakap, boleh kalah. Mereka yang pandai cakap sering menang walaupun cakapnya tiada isi dan fakta.
Sebenarnya berdebat dalam perkara agama banyak tidak membawa faedah, apa lagi kalau pendebat itu sama-sama tidak cukup alat (ilmu).
Jika berbincang rasanya lebih bermanfaat. Biasanya debat dengan tidak beretika lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan yang merugikan.
Memang tidak dinafikan berdebat adalah satu cara atau uslub berdakwah, tetapi itu adalah antara jalan yang terakhir selepas buntu dengan pengajaran dan pendekatan secara berhikmah.
Kalau hendak berdebat juga, ia hendaklah secara berhikmah dan dengan adab yang tinggi. Firman Allah yang bermaksud:Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah bersama mereka dengan baik. (an-Nahl:125)
Ayat ini meletakkan debat sebagai jalan terakhir selepas pendekatan nasihat dan berhikmah. Ini bukan bermakna ia tidak berkesan, tetapi kerana kesukaran mematuhi aturan adab dan akhlak ketika berdebat.
Mungkin ramai suka berdebat, tetapi kurang ramai boleh ikhlas. Tidak ramai yang hendak cari kebenaran.
Yang biasa ialah yang hendak cari menang saja. Mengalah sama sekali tidak. Kalau pun ada yang mengaku, itu hanyalah di gelanggang, tetapi di luar belum pasti lagi. Perdebatan selalunya dikuasai mereka yang pandai bercakap walaupun tiada isi. Dalam pertandingan debat di sekolah atau universiti sebenarnya tidak termasuk dalam perbincangan ini kerana pertandingan itu ada juri dan hakimnya yang akan menentukan jumlah markah.
Acara di peringkat sekolah dan universiti itu untuk melatih pelajar bercakap serta mengeluarkan hujah dan fakta. Ia patut diteruskan.
Bagaimanapun, antara akhlak dan adab yang perlu ada kepada remaja yang berdebat supaya dapat menghasilkan natijah yang baik adalah seperti berikut:
i. Elakkan daripada menggunakan perkataan kasar dan kesat yang menggambarkan tidak menghormati pemikiran lawan. 
Malah, jika perlu, adakan kad kuning dan kepada yang berhak dapat kad merah pun perlu diberi agar tidak ada mereka yang langgar disiplin.
2. Hendaklah banyak mencari titik persamaan antara kedua-dua pihak. Ini kerana lebih banyak persamaan yang dicari lebih banyak hasil diperoleh.
3. Usah memperbesarkan perkara remeh-temeh.
Kepada anda semua, tajamkanlah minda untuk mencari dan membela kebenaran bukannya untuk bermegah dan mendabik dada. Jadikanlah buku sebagai mentor dan penasihat ketika kekusutan. Kebenaran akan muncul dan kebatilan akan lenyap.

ps:berpesan juga pada diri sendiri dan kawan-kawan

Sunday, October 24, 2010

hadiah dari pengalaman cintaku...kini semuanya menjadi seni...

IF I KNEW
If I knew it would be the last time
That I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly
and pray the Lord, your soul to keep.
If I knew it would be the last time
that I see you walk out the door,
I would give you a hug and kiss
and call you back for one more.
If I knew it would be the last time
I'd hear your voice lifted up in praise,
I would video tape each action and word,
so I could play them back day after day.
If I knew it would be the last time,
I could spare an extra minute
to stop and say "I love you,"
instead of assuming you would KNOW I do.
If I knew it would be the last time
I would be there to share your day,
Well I'm sure you'll have so many more,
so I can let just this one slip away.
For surely there's always tomorrow
to make up for an oversight,
and we always get a second chance
to make everything just right.
There will always be another day
to say "I love you,"
And certainly there's another chance
to say our "Anything I can do?"
But just in case I might be wrong,
and today is all I get,
I'd like to say how much I love you
and I hope we never forget.
Tomorrow is not promised to anyone,
young or old alike,
And today may be the last chance
you get to hold your loved one tight.
So if you're waiting for tomorrow,
why not do it today?
For if tomorrow never comes,
you'll surely regret the day,
That you didn't take that extra time
for a smile, a hug, or a kiss
and you were too busy to grant someone,
what turned out to be their one last wish.
So hold your loved ones close today,
and whisper in their ear,
Tell them how much you love them
and that you'll always hold them dear
Take time to say "I'm sorry,"
"Please forgive me," "Thank you," or "It's okay."
And if tomorrow never comes,
you'll have no regrets about today.

Thursday, October 7, 2010

TANDA-TANDA SEBELUM TIBANYA AJal


-mati itu benar,soal kubur itu benar,-
SALAM...hari ini ana hendak berpesan2 pada kalian ssemua yer...hayatilah...
"ini adalah sebagai peringatan kepada kita saudara sesama ISLAM"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
  Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
  Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya.

sebar-sebarkan kpd teman2 kita.....

Wassalam...

Sunday, October 3, 2010

bila aku jadi playboy..

bila aku jadi playboy..aku hilang cinta sejati..bila aku jadi lelaki yg setia aku dipermainkan cinta sejati...apa perlu aku jadi sekarang???
Answer here

Thursday, September 30, 2010

thanks kawan2 yang mane yg sentiasa menyokong dan mengundi saya...

thanks kawan2 yang mane yg sentiasa menyokong dan mengundi saya...alhamdulillah berkat sokongan dan undian kalian semua saya berjaya menjadi ahli majlis tertinggi fakulti...terima kasih banyak2..doakan saya dapat menjalankan tugas dgn baik dan amanah...
Answer here

Saturday, September 25, 2010

KHAS UTK AHLI FAKULTI BUSINESS STUDY...

-BERSAMA KITA MENJAYAKAN REFORMASI-
...undilah...mohd shafiq iqram abdullah(POLO) sebagai calon majlis tertinggi DE'BEST baru anda!..."REFORMASI UTK DEBEST,A CHANGE WE NEED"...mintak jasa baik utk sebarkan di wall ahli lain
Answer here

Thursday, September 16, 2010

Bila RaYa MenJadi SeNi..

-JANGAN DI SENI KAN AIDILFITRI-
salam...agak2 kalo lah pemblogan ini boleh berhabuk ana rasa dah berjanggut agaknya blog ana ini kerna tidak di update sehinggakan ana sudah dikecam oleh persatuan blog malaysia supaya segera mengupdate blog hehehe...jadi!stelah pejam dan celik..bulan ramadan yang mubarak telah ditinggalkan..kita sampai ke bulan raya..dikesempatan ini ana inginlah mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca serta peminat ana di luar sana sekiranya ada tulisan2 ana yg menyinggung sensitiviti anda semua yer minx maaf tau..hehehe...jadi ape yg nak kita bincangkan hari ini adalah apabila RAYA MENJADI SENI......mari kita ikut perkembangan masakini...

hari ini kalo tiba hari raya jer ana rasakan suasana kerayaan itu hilang sbb itulah ana katakan raya itu sudah jadi seni kerna ianya tidak menjadi gergasi seperti satu ketika dulu sewaktu zaman ana kecik2...raya kini diibaratkan hanya tempat pengumpulan keluarga dan bukannya besi buruk...dan ape yg ana nampak dan pasti suasana raya zaman2 kecik2 ana dahulu pastinya akan di rindui di mana pada malam raya budak berebut utk menjalankan takbir dari rumah kerumah,selesai takbir kami akan bermain meriam buluh...tidak seperti sekarang anak2 moden pada malam raya tidak2 habis2 berteleku di hadapan televisyen..dan selesai tonton televisyen mereka akan melayari muka buku atau facebook...hmm entahlah waima ibu bapa pun sama sekali pasti merindui suasana raya zaman kanak2 mereka..namun kita seharusnya bersyukur kerna masih sempat menyambut hari raya dalam suasan yg aman damai tidak berbomkan peluru2 mesingan seperti saudara2 kit diluar sane..ana tidak dapat tulis banyak2 sbb mase ana tgah tulis ni pun otak ana tgah sakit layan kerenah anak2 jiran yg dtg beraya habis rumah ana jadi padang old trafford atau...pape pun selamat hari raya dari ana sekeluarga...